Followers

Sunday, January 01, 2012

Tahun Baru vs SPM vs Blogging

Views
Salam. Berlalu sudah tahun 2011. Semestinya banyak kenangan, dugaan dan sebagainya pada tahun 2011. Kini 2012 telah menjelma. Masing-masing pasti sudah memasang azam. Tetapi persoalannya adakah azam yang lama telah tercapai? Jika belum tercapai, ambil tangga kemudian capai azam tu. Boleh ke macam tu? HHAHAhaHAHA


     Tahun 2012 ini merupakan tahun yang sangat penting buatku kerana tahun ini merupakan tahun yang menentukan masa depan aku. Maksud aku ialah SPM!! Sehubungan dengan itu aku akan membuat jadual harian aku. Di dalam jadual aku itu, aku akan mansuhkan penggunaan facebook berjam-jam kepada 5 minit jer. Bagi blogging pula, aku akan tetapkan selama 1 JAM SETIAP HARI!

     Memang, 1 jam tak cukup untuk berblogging. Aktiviti blogwalking sudah semestinya tidak dapat dijalankan. Tapi nak buat macam mana. ini pun aku cuba cari masa yang sesuai. Asalkan hari-hari aku boleh tulis entry. 



     Tahun ini aku NAK TULIS ENTRY HARI-HARI. Aku harap tiada siapa yang dapat halang aku. Ini minat aku. 2011 semua nak halang aku berblogging sampai aku tak dapat nak tulis entry hari-hari. Jadi 2012 ni aku tak nak seorang pun yang dapat halang aku. Melalui blogging aku boleh berlatih buat karangan.  Menerusi blogging ni jugaklah aku boleh perah otak untuk keluarkan idea. Jadi otak aku pun boleh berlatih keluarkan apa yang telah dipelajari.

     SPM pula aku nak belajar betul-betul. Ini masa depan aku. Aku nak kurangkan penggunaan facebook, penggunaan handphone, penggunaan motosikal dan aku akan lebihkan penggunaan buku dan juga banyakkan bertanya. aku nak dapat 10A DALAM SPM!!

     Oklah. Esok aku tulis entry lagi. Salam..

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata Hikmah