Sebelum ini aku ada tulis pasal Facebook ni. Jika korang belum baca entry aku yang tu, sila tekan link yang bertajuk 'Mati Kerana Facebook', 'Ada Kebaikan Ke Facebook Ni', dan 'Jahatnya Facebook'. Tapi Kali ini aku nak cakap pasal Muka Buku pulak.
Betul ke istilah 'Muka Buku' sudah ada dalam kamus dewan? Selama ni aku cuma tahu istilah ini sengaja dibuat-buat dan juga lirik lagu si gadis youtube Najwa Latif yang kini sudah terkenal. Tapi bila cikgu Bahasa Melayu aku mengatakan istilah 'Muka Buku' sudah ada dalam kamus dewan edisi terbaru, aku pun terkejut.
Cikgu aku kata, istilah itu baru sahaja digunakan dalam Bahasa Melayu pada tahun 2011 iaitu pada tahun lepas! Baru la aku tahu bahawa istilah 'Muka Buku' telah disahkan penggunaannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun lepas.
Tapi aku cuba search kat yahoo! mahupun google, tiada pulak maklumat mengenai istilah ini telah disahkan. Aku pun pelik. Tapi tidak mengapalah, asalkan Kita tidak jadi seperti gambar di atas ini. haha
Ek eh Najwa Latif masuk blog aku la!! hahaha padahal aku ambil gambar ni kat google. Oklah sampai di sini sahaja post pada kali ini.. Salam..
p/s : Para pembaca diminta komen untuk menyuarakan pendapat anda tentang penggunaan istilah 'Muka Buku' ini. hahahahahaha


0 comments:
Post a Comment