Fakta yang keenam pula perempuan suka kena puji, tetapi tidak tahu cara nak menerima pujian. fakta yang ni aku kurang tahu pulak yang aku tahu bila perempuan dapat pujin, mesti tersenyum selebar yang mungkin. Perempuan senyum cute gilerr.. Boleh terpikat lelaki..
fakta yang ketujuh pula ialah....... Fakta yang ini lelaki wajib baca!! Jika ada perempuan yang sukakan korang separuh mati tapi korang tak suka kat dia, tolak cinta dia dengan lembut jangan berkasar. Sebab bila perempuan ni sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja. So wahai lelaki sekalian, kalau tak suka perempuan yang suka kat korang, tolak cinta dia dengan lembut. Ataupun cakaplah dengan dia yang korang cuma nak berkawan. Tak lebih dari itu.
Fakta yang kelapan pun lelaki wajib baca!! Jika perempuan yang korang tolak cintanya menjauhkan diri daripada anda, biarkan dia untuk seketika. Jika korang masih anggap dia sebagai kawan, tegurlah dia secara perlahan-lahan. Jangan tak tegur langsung sudahla..
Fakta yang kesembilan pula ialah perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka lazimnya akan meluahkan melalui lukisan, muzik dan lain-lain. Fakta yang ini aku tak dapat nak komen sebab biasa la aku pun suka luahkan perasaan.
Fakta yang kesepuluh pula ialah jangan sesekali memberitahu perkara yang akan membuat dirinya berasa tidak berguna. Hati perempuan ni lembut. Sekali korang cakap macam ni, perempuan akan fikir yang dirinya tidak berguna untuk sesiapa. Bahaya tu...
alahai tengok mata pun dah menggoda.
Fakta yang kesebelas pula ialah kalau korang bercakap terlalu serius kat perempuan, korang akan mematikan mood perempuan itu terutamanya aweks korang. Fakta ni aku sokong sangat2 kerana perempuan ni kalau kita terlalu serius dia akan mula bad mood. Macam tu la terjadi kat diri aku..
Fakta yang keenam belas eh silap!! Fakta yang kedua belas pula ialah apabila lelaki yang perempuan suka memberikan respon positif contohnya lelaki itu call dia, dia akan bersikap acuh tak acuh jer macam tak minat. Tapi bila dah matikan phone, dialah insan yang paling happy sekali sambil menjerit dan melompat-lompat. Dan hebatnya, tak sampai 10 minit semua kawan-kawan dia akan mengetahui berita tersebut..
Fakta yang ketiga belas pula ialah senyuman memberikan seribu erti bagi seorang perempuan. Jadi wahai kaum lelaki, jang senyum sembarangan kat perempuan. Bahaya tau. Apa yang bahaya aku pun tidak tahu.. Tanya lah orang yang lebih arif iaitu perempuan..
Fakta yang keempat belas pula ialah jika korang meminati seseorang perempuan, berkawanlah dengan dia dahulu. Biarkan dia mengenali korang dengan lebih mendalam. Sebab perempuan ni bijak tau. Bila dia rasa lelaki yang menyukai dia tu merupakan seorang lelaki yang sangat baik, dia akan memberikan respon yang positif.
Fakta yang kelima belas dan yang terakhir pada entry kali ini ialah jika korang ajak perempuan keluar tetapi dia bagi korang seribu alasan, better korang tinggalkan jela dia. Sebab dia sebenarnya tak minat pun kat korang.
Aaku harap fakta-fakta yang telah diberikan ini kesemuanya tepat. Sebenarnya ada banyak lagi fakta tau. Aku penat nak tulis dengan lebih panjang. Berjumpa lagi di entry akan datang..
p/s : Wahai kaum hawa, jika salah tolong betulkan yea...
sumber : http://www.jiwakacau.com


nice:D hahahha
ReplyDelete