Followers

Thursday, January 12, 2012

Fakta-fakta Menarik Tentang Perempuan (Part 1)

Views
Salam.. Hari ini entry gempak punya. Entry berkaitan kaum hawa yang lawa-lawa, cute-cute, comel-comel. Sekali tengok, pergh memang memikat hati. haha Kaum hawa janganlah marah yea. Entry hari ini aku nak cerita sikit tentang perkara yang baik tentang perempuan ni.

     Seperti yang kita ketahui, sudah semestinya kaum perempuan ini kaum yang istimewa. Jadi, untuk kita ketahui keistimewaan kaum perempuan ini, marilah kita sama-sama teruskan membaca entry ini.


     Fakta yang pertama ialah Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. Fakta yang pertama ini aku tidak dapat nafikan kerana memang ramai kawan-kawan aku yang mengatakan dirinya sedih, tapi tidak menitiskan air mata.

     Fakta yang kedua pula ialah apabila lelaki menyakiti hatinya, berikanlah dia masa untuk menenangkan fikiran sebelum menegurnya dengan kemaafan. Hati perempuan ini lembut, mudah untuk memaafkan. Tapi hendaklah beri dia masa dulu sebelum tegur dia. Kalau tegur dia masa dia tidak tenang, macam mana dia nak maafkan kita? Tapi aku rasa kalau silap sikit kaum perempuan maafkanla. Kalau silap besar, hehehe tanyalah kaum perempuan itu sendiri.. 

     Fakta yang ketiga pula ialah perempuan susah nak cari perkara yang dia benci dekat pasangan yang dia sayang. Jadi, dia akan anggap orang yang paling dia sayang merupakan orang yang terbaik. Sebab itulah kalau orang yang dia sayang tu buat jahat ke, tinggalkan dia ke atau lain2, dia akan berasa sungguh kecewa yang teramat sangat. Betul tak kaum perempuan?? Kalau salah komen yea.

     Fakta yang keempat pula ialah apabila dia menyukai seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada di fikirannya walaupun dia sedang bersama dengan lelaki lain. Contohnya walaupun dia sedang belajar dengan kawan lelaki, fikirannya akan fikirkan lelaki yang dia suka tu. Fuh beruntunglah lelaki yang perempuan minat ni. hehehe

     Fakta yang kelima dan yang terakhir bagi entry hari ini ialah apabila lelaki yang dicintai merenung tajam ke arahnya, perempuan tersebut akan cair macam aiskrim! Biasa coklat jer kan? Aiskrim pulak la.. Fakta yang kelima ni aku rasa lelaki pun sama. Macam aku jugak, kalau ada perempuan yang aku minat merenung tajam kat aku, aku akan tersenyum lebar jer sepanjang hari. 

eh Najwa Latif masuk blog aku lagi la!! bangga2.. hahaha

     Kesimpulannya inilah fakta-fakta menarik tentang perempuan. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah 5 dulu. Penat nak menaip panjang-panjang. Oklah lain masa au menulis lagi ok!! Salam


p/s : Kepada kaum perempuan yang membaca, kalau ada salah dan silap harap beritahu yea dan mohon maaf. Apa yang ditulis berdasarkan pendapat peribadi..



3 comments:

Kata-kata Hikmah