Followers

Monday, January 02, 2012

Blog Peribadi vs Blog Informasi

Views
Salam. Hari kedua tahun 2012. Aku telah mendaftarkan diri aku untuk memasuki tingkatan 5. Seperti tahun lepas, Aku memasuki kelas yang bernama AL-ZAHRAWI iaitu nama tokoh perubatan Islam. Ok aku bukan nak cerita benda ni. Tapi aku nak cerita pasal Perbezaan Blog Peribadi dengan Blog Informasi.


     Menurut apa yang aku ketahui, blog peribadi menceritakan tentang hidup penulis blog. Tak kirala pasal keluarga ke, percintaan ke, dating dengan pasangan ke, segala-gala tentang peribadilah. Blog informasi pula menceritakan tentang isu-isu semasa, perlawanan bola sepak, gadget, politik dan macam-macam lagi. Blog informasi ni juga ada la menulis perihal peribadi penulis. Tetapi gaya penulisannya lebih kemas dan menggunakan bahasa melayu asli. Bukan bahasa SMS.

     Sementara blogger yang menulis blog peribadi pula, penulis suka mempromosikan blog mereka untuk mendapatkan follower yang ramai. Macam blog ni la. Kerap update status facebook pasal blog, kerap ubah-ubah design blog dan macam-macam lagi. Bagi blogger perempuan, blog mereka sangat unik sampaikan ada blog yang nak kena klik dulu baru la keluar entry. 

     Satu lagi tentang blogger yang menulis blog peribadi, blog mereka tidak sah jika tidak ada lagu. Kebanyakannya lagu jiwang. Kesimpulannya, blogger yang menulis blog peribadi ini tidak akan berasa puas jika blog mereka tidak mempunyai ramai follower dan terlalu simple. 

     Bagi penulis blog informasi, dia tidak kisah blog mereka lawa ke, tidak ke. Yang penting info yang ingin disampaikan. Mereka lebih mementingkan info daripada design blog.

     Ini lah sedikit sebanyak perbezaan blog informasi dengan peribadi. Jika ada kesalahan ataupun pendapat lain tentang entry ini, sila komen yea. Jasa anda amat dihargai.

p/s : blog aku ni informasi ke peribadi???

2 comments:

  1. campur kodd. informasi ada, peribadi pun ada. hehe

    ReplyDelete
  2. @Ryn

    hehe.. mmg cmpur2 pun.. peribadi ade.. informasi pun ade.. heheh

    ReplyDelete

Kata-kata Hikmah