Followers

Monday, December 12, 2011

Macam Mana Aku Nak Jadi Blogger Kalau.......

Views
Salam. Aku rasa sungguh sedih kerana hasrat ingin menjadi seorang blogger yang dikenali tidak tercapai hingga kini. Setiap kali aku nak aktif berblogging, ada sahaja halangan yang muncul. Macam putus asa pun ada. Tapi lepas SPM aku nak cuba bina blog menggunakan hosting sendiri. Kalau tak dapat pun, dikenali oleh semua orang. Harap semua visitor dapat membaca luahan hatiku ini.


     Dulu aku nak aktif jer, masa tidak mengizinkan sehinggakan berbulan-bulan aku meninggalkan dunia blogging. Kini aku nak aktif, ada kerja lain dan SPM akan tiba tidak lama lagi. Mungkin para blogger yang mengenali diri aku mesti dah muak dengan ayat aku yang mengatakan aku akan aktif semula tetapi masih dengan perangai lama.

     Aku sudah berblogging sejak awal 2009. Sepatutnya aku dah mempunyai follower 1000 ke atas. Tetapi 300 orang pun tak lepas lagi. Blogger yang baru bina blog tahun ini pun dah mengatasi follower aku. Sebab mereka ada masa untuk post entry tiap-tiap hari atau dengan kerap. Aku pula, kadang-kadang sebulan sekali pun payah.

     Macam mana aku nak jadi blogger kalau tiada sokongan? Semua orang disekeliling aku tak faham kenapa aku minat berblogging. Aku tahu, terlalu banyak manfaat jika aku berblogging. Tetapi orang yang tidak pandai berblogging tidak tahu apa kelebihan berblogging. Aku nak terangkan pun tak tahu macam mana.

     Ini aku bukan online di rumah seperti kebiasaan. Tetapi di cyber cafe. Lagipun aku di Pahang Darul Makmur. Macam mana aku nak update blog? Memangla aku boleh datang cyber cafe setiap hari. Tetapi memerlukan kos yang tinggi. Aku bukannya kaya. Kerja pun tidak. 

     Baiklah, setakat ini sahajalah penulisan aku. Diharap di lain waktu akan dapat menulis entry lagi. Kalaulah aku mempunyai laptop kan bagus.

p/s : Minta kerjasama baik anda semua untuk komen entry ini. Saya sebagai pemilik blog ini begitu inginkan pandangan semua kawan2 blogger...

7 comments:

  1. Assalamualaikum :) Fizs , saya dengan suka rela memberi pandangan saya kepada Fizs . Bagi saya , kalau nak dikenali ramai boleh , tapi bagi saya , saya takkan terasa mahu popular sangat . Kadang-kadang apa yg kita tulis kat entry , orang akan terasa . Susahkan ? So , lagi best kalau kita jadi stranger tapi dalam masa yang sama kita cuba mengenali dunia luar . Saya pun teringin nak jadi macam Fizs , malah lebih dari Fizs . Saya pun followers pun tak sampai 60 walaupun blog saya dah lama ditubuhkan :D

    ReplyDelete
  2. hehe..nagis2..meh aye tolong kesat kan air mata tu.. banyk la jugak tu 2oo lebh berbnding aye..harus bersyukur tau ape yg kite ade..btw good la tok mncapai 4lower yang banyk..t aye folow blog kamu k..leh tambh sikit kamu nye 4lower..huhuh

    ReplyDelete
  3. I know how do u feel .
    Just be patient k.
    InshaAllah u find ur ways . Amin.
    BTW , jom Blog Flying kat sini . lovoiustory.blogspot.com/ . Blogflying lg cepat and pantas dari walking . Comment2 me , kalau sudi follow2 k ;)

    ReplyDelete
  4. Thanks semua sebab komen :)

    Bukan nak popular. Tetapi sekurang-kurangnya orang bolehla kenal. cari kawan baru. Taknak la top sangat kan? sebab bila terlalu top, orang lain akan buat masalah. Saya cume ingin dikenali sahaja.. thnks atas semua komen.. saya hargai dan saya akn follow anda semua :)

    ReplyDelete
  5. ok3...aye dah kenal kamu dah..

    ReplyDelete
  6. hye :) jadi seorang blogger yang ikhlas dan sabar :) susah na updated memang perkara biasa . first tetapkan apa isi blog adik . personal blog kea , blog masakan kea . then , come out dengan topic and cerita yang menarik :) sometimes , rutin harian pown boleh dijadikan entry :) GOODLUCK !

    ReplyDelete
  7. huhu~
    bkn sng nak cr followers yg bgtu bnyak..
    tyka pon br sikit je bbnding fizs..
    knkdg entry yang kita post mungking kurang bg pmbaca yg laen...apaopn kita teruskan je bbloging..cr entry2 yang berunsurkan info...dan bahasa yang memuaskan dan menarik bg pembaca ..

    ReplyDelete

Kata-kata Hikmah