Followers

Thursday, February 23, 2012

Remaja Melayu Semakin HILANG Identiti Diri

Views
Percayakah korang bahawa kebanyakan remaja melayu pada era globalisasi ini sudah semakin hilang identiti diri? Ada di antara mereka dah tiada identiti diri sebagai rakyat Malaysia. Mengapakah aku menulis entry sebegini? Adakah tajuk entry di atas ini salah? Teruskan membaca untuk mendapat info.


     Yang pertama remaja melayu sekarang suka sangat mengikut fesyen barat. Tak kiralah dari segi baju ke, kasut ke, seluar ke.. Semuanya nak ikut fesyen barat. Sampai nak pergi masjid untuk solat Jumaat pun pakai pakaian barat ni. Sudah semakin kurang remaja melayu yang pergi masjid memakai baju melayu. 

     Seterusnya ialah remaja melayu suka sangat tarian orang barat. Contoh tarian ialah shuffle, hardstyle, jumpstyle dan macam-macam lagi. Tarian zapin dan beberapa tarian tradisional yang lain tak suka pulak. Tapi mengaku cintakan Malaysia. Tapi tak suka budaya rakyat Malaysia. Apa cerita ni?

     Selain itu, remaja melayu sekarang suka sangat dengan unsur luar seperti tarian/muzik/artis luar negara. Yang paling famous sekarang ni ialah apa dipanggil 'kpop' daripada Korea. Bukan setakat tarian, pakaian, artis idola, RAMBUT PUN NAK IKUT GAYA KOREA!!! Apa cerita ni? Kata rakyat Malaysia tetapi ikut unsur luar. Mana pergi jati diri sebagai rakyat Malaysia??

     Usah la nak marah-marah sebab benda-benda ni memang berlaku. Remaja melayu sekarang semakin suka meniru unsur-unsur luar. Tetapi orang luar negara tak ramai pun yang ikut budaya melayu. Bukan tak ramai, silap-silap tiada. Tetapi remaja melayu, agung-agungkan sangat budaya luar. Dimana-mana mesti ada sebut kpop la, ape la, lolipop la.. 

     Bilalah remaja nak menghidupkan tarian asli rakyat Malaysia seperti zapin dan macam-macam lagi. Aku takut kita sudah hilang budaya melayu. Terikut-ikut sangat budaya barat. Orang barat suka la sebab budaya diorang kita ikut. Memang sah la kebanyakan remaja melayu semakin hilang identiti diri sebagai RAKYAT MALAYSIA!!!

p/s : bilalah tarian zapin nak diikuti oleh orang barat?? Berikan pendapat anda pula di ruangan komen..

Kata-kata Hikmah